Tuesday, June 24, 2008

PENGENALAN PSS

PSS adalah merupakan tempat rujukan bagi para guru dan murid-murid untuk mencari bahan-bahan rujukan serta maklumat terkini secara media elektronik mahu pun cetakan. Ia juga digunakan sebagai tempat untuk melaksanakan apa-apa program yang telah dirancang oleh Penyelaras PSS sepanjang tahun tersebut. PSS juga merupakan nadi penggerak untuk memastikan perkembangan kurikulum sekolah. Selain menyediakan pelbagai kemudahan penggunaan bahan dan peralatan, PSS juga menyediakan kemudahan seperti bahan rujukan iaitu bahan sumber pengajaran, peralatan pandang dengar, kemudahan bimbingan untuk guru dan murid, nasihat tentang bantuan penggunaan alat mengajar dan sebagainya. Dengan ini segala masalah berkaitan dapat diselesaikan dengan mudah serta lebih cekap.